We Love Web 24/9/2013
![]() |
| Muka Hadapan |
![]() |
Bahagian-bahagian artikel |
![]() |
| http://subscription.nstp.com.my/ |
Surat khabar di zaman alaf baru ini dianggap satu keperluan. Surat khabar mempunyai sejarahnya dan ia adalah hasil ciptaan proses sejarah dan ramai individu mengambil bahagian tanpa melihat terlebih dahulu apakah hasil usaha terakhir mereka itu. Banyak dari media massa yang berfungsi dalam menyampaikan maklumat dan mempunyai kelebihan dalam penyampai maklumatnya kepada masyarakat, yakni harganya yang murah, beritanya menyeluruh, serta jangkauannya luas mencakup masyarakat di berbagai tempat.
MyMetro online bertindak sebagai media massa yang menyalurkan pelbagai maklumat kepada semua lapisan masyarakat dan proses untuk mendapatkan maklumat menjadi lebih mudah kerana surat akhbar mudah diperolehi asalkan mempunya capaian internet. Selain itu, dapat melahirkan insan yang berpengetahuan luas walau dimana jua berada. Jadi tiada alasan untuk tidak lagi membaca.
Oleh itu, MyMetro online boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat terutama pada golongan yang sibuk dan tidak berkesempatan membeli suratkhabar. Laman web myMetro ini mencapai sasaran penonton dari semua lapisan masyarakat yang arif di dalam bidang teknologi di zaman globalisasi sekarang dimana masyarakat menggunakan medium internet dihujung jari sahaja.
Tambahan pula pembaca yang sukakan interaktif dapat menarik minat kerana sifatnya yang lebih kemas, lebih mudah dikemaskini, dan mudah untuk akses arkib. Selain itu, tiada penggunaan kertas di dalam MyMetro online, maka tiadalah masalah pelupusan kertas lagi,
MyMetro online adalah medium yang sangat berguna dan cepat dalam mendapatkan maklumat mengenai isu-isu semasa sama ada setempat, di dalam negara mahupun diluar negara. Tambahan lagi, Surat khabar merangkumi sudut ekonomi, pendidikan, politik serta hiburan dalam erti kata lain, semua ada.
Sebagai seorang pelajar, membeli surat khabar di kedai-kedai luar kampus mahupun di dalam kampus tidak berkesempatan apabila menjelang pagi sudah berkejaran untuk ke kuliah sehingga petang. Apabila adanya MyMetro online ini, banyak kebaikan yang diperolehi seperti menjimatkan masa, mudah dan paling penting jimat duit.
Reka bentuk yang dipaparkan di dalam myMetro online mudah, ringkas dan mudah difahami. Butang menu pada laman web myMetro online dapat membantu pembaca mencapai maklumat dengan cepat kerana menggunakan Bahasa Melayu yang difahami. Selain itu, butang carian memudahkan pembaca untuk mencari artikel-artiikel di dalam myMetro online.
Fakta yang menarik mengenai laman web myMetro online ialah memaparkan beberapa berita yang menarik dan dijadikan berita utama yang merangkumi setempat, luar negara, dalam negara, hiburan dan sukan.
Saya sentiasa akan menggalakkan orang ramai untuk terus membaca supaya tidak ketinggalan maklumat pada arus pemodenan ini serta terus menyokong myMetro online yang mempunyai banyak kemajuan serta masih mengekalkan keaslian sesebuah akhbar walaupun masih bersaing di dalam kemajuan globalisasi. Tiada alasan lagi tidak sempat untuk membeli suratkhabar sedangkan myMetro online ada untuk kita lawati.
Beberapa perkara myMetro online boleh menambahbaik laman web seperti menambahkan lagi artikel-artikel mengenai pembentukan Malaysia sebelum merdeka supaya dapat menanamkan sifat hormat-menghormati dan lebih menghargai Malaysia yang ada sekarang. Selain itu, menambahbaik penggunaan Bahasa Melayu di dalam artikel supaya tidak berlaku kesilapan dan mengatur susunan artikel di dalam myMetro untuk lebih tersusun dan mudah. Menambahkan artikel yang lebih berinteraktif dan menarik serta memberi kemudahan kepada orang-orang kurang berupaya untuk membaca secara online serta memberikan ruang dan peluang untuk pembaca memberi cadangan mahupun komen untuk penambahbaikan laman web.
Dengan ini jelaslah bahawa akhbar memainkan peranan penting sebagai medium untuk menyampaikan maklumat dan membentuk komunikasi. Walaupun negara dihambat dengan arus permodenan namun tahap kebergantungan masyarakat terhadap akhbar masih kukuh. Majulah myMetro demi negara <<^___^>>



